Wednesday 23 November 2016

Tidak Rela

(Sekali sekala balik terkenang masa dulu sedih melihat keadaan sekarang)

Asal saya dari utara
Tak kan nak lupa kampung halamannya
Tetapi lama tak balik ke sana
Lama selesa di tengah Malaya

Masa kan saya boleh lupa
Ada sungai jernih airnya
Sawah hijau merehat mata
Dan orang kampung yang ramah mesra

Walau pun nun jauh di sana
Rasa teringin balik juga
Meninjau kepada keadaan semasa
Di pinggir sungai terasa hiba

Ketika melihat keadaan di situ
Mana belacak dan ketam batu
Di atas selut yang hitam kelabu
Sampah sarap plastik dan kayu

Airnya pun sudah keruh
Tebingnya pula macam nak roboh
Bot dan sampan banyak sungguh
Tersadai rosak pembaikan tertangguh

Kawasan sawah sebak melihatnya
Luas sawah sudah tiada
Sawit ditanam di sini sana
Hilang sudah keindahan landskapnya

Air sawah dah macam berkarat
Tiada lagi keli dan sepat
Kalau nak makan ikan darat
Jangan dicari tak akan dapat

Kalau nak makan gulai keli
Pergilah market boleh beli
Ikan kolam atau perigi
Yang tak seperti dari sawah padi

Masa zaman kanak-kanak
Rumput rampai dianggap semak
Tidak pun terfikir walau sejenak
Alam sekitar boleh rosak

Bagaimana boleh memperbaiki
Alam sekitar yang dinodai
Bukan hanya berhiba di hati
Ikhtiar yang sungguh perlu dicari


- hmg




No comments:

Post a Comment