Thursday, 5 January 2017

Transisi

( Terjumpa kawan yang lebih muda yang kini tiba masanya untuk bersara mengingatkan penulis kepada pengalaman yang telah lama berlalu)

Semasa di alam pekerjaan
Banyak belari dari berjalan
Kadang tergelincir dan berciciran
Jika lambat boss meroyan

Tiap tahun sedih hati
Kerana KPI kurang menjadi
Reappraisal tak elok kurang gaji
Jadilah macam orang kalah judi

Lastly tibalah detik masa
Cukup umur untuk bersara
Rasa gusar FAQ biasa
Lepas ini nak buat apa

Hati mula di serang gundah
Kerana keadaan akan berubah
Adakah hati boleh tabah
Dapat hanya separuh upah

Bukan saja pendapatan turun
Hutang juga ada bertimbun
Masih ada balance house loan
Walaupun bayaran sudah berkurun

Pulak sudah silap melabur
Dalam projek kini terkubur
Sejumlah wang telah lebur
Mata pinar terus kabur

Bila membeli di supermarket
Barang di trolley tak jadi membukit
Ke atas para balik diselit
Kerana phobia tak ada duit

Kini, itu semua sudah berlalu
Senanglah sedikit dari dahulu
Anak pun dah besar pimpinan tak perlu
Berjalan sendiri melangkah maju

Itu secebis kisah persara
Ada lagi jika nak cerita
Walaupun mewah di segi masa
Jari radang menaip lama

Ini bukanlah puisi nasihat
Hanya reflect dan teringat
Zaman bekerja berjaga dan berjimat
Bila pencen tak merempat sangat


-hmg




5 comments:

  1. Nice entry,
    Loved reading it.

    ReplyDelete
  2. semua orang akan lalui cerita yang sama ,
    usia kini mengejar kita ,
    toleh belakang indahnya cerita ,
    toleh kedepan moga mengapai bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandang ke atas masih ada cahaya

      Delete