Thursday 26 January 2017

"Kaypoh"

( Elok juga ada sikap ambil tahu sesama kita tapi tak perlulah terlebih perihatin. Janganlah sangka orang lain tiada prinsip hidup).

Hendak ke mana?
Suka hati saya
Engkau bertanya
Bagai pengawal pintu kota

Sudah makan?
Adakah aku seperti rangka berjalan?
Kau pantulkan soalan
Bagai aku somalia african

Mengapa begitu?
Apakah maksud soalan itu?
Apa engkau terganggu
Engkau kah atau aku?

Tak dengarkah?
Lagi engkau sergah
Engkau menyorok masaalah di bawah jubah
Katakan siapa yang perlu di tarbiah

Ketegasan mencetus
Salah faham dan konfius
Ada lagi desas desus
Ada masih mendengus

Ah balik kepada soalan pertama
Kehadapanlah jawabnya
Mengapa kau tanya soalan kedua?
Jika kamu sendiri lokek menderma?

Bertanya bertubi tubi
Lagak pegawai investigasi
Awas nanti memakan diri
Nanti bengkak hati

Berperangsangka
Berburuk sangka
Bagai ada selaput di mata
Kabur penglihatan nya


-hmg


Sunday 22 January 2017

Itu Semua Sudah Sejarah

( Satu hari dua orang kawan lama datang bertandang ke rumah. Riuh rendah bergebang. Topik berlegar ke zaman pekerjaan, biasa lah.  )


Sedang berehat di tepi jendela
Terpandang se buah kereta saga
Teringat kepada zaman bekerja
Berulang alik berkereta serupa

Kereta buruk rosak kerap
Kadang kadang enjin berasap
Tergendala urusan bukan sekejap
Alamat merahlah tanda di punch kad

Ada juga kawan nak tolong
Punch di kad boleh dibohong
Jika tertangkap nak pandai kelentong
Jadi biarlah kad itu kosong

Sahaya cuma kuli biasa
Terpaksa akur pada ketua
Jika dapat reprimand darinya
Apa nak buat terimalah saja

Warisan zaman cekap amanah
Rasanya ramai gundah gelisah
Sebab mereka memang bermasaalah
Hingga ke akhir mereka susah

Antara kami  kuli biasa
Tak banyak kerenah patuh segala
Arahan boss dilakukan segera
Tidak banyak pening kepala

Pengurus besar atau ketua
Sungguh berat menanggung kuasa
Mengurus project harga berjuta
Tersilap kira tak boleh lena

Ada juga biasa terjadi
Boss besar meninggi diri
Mengurus tak pandai mahu dipuji
Bermandian dengan self glory

Jika di bandingkan budi pekerti
Etika kerja dan integrity
Bersekolah rendah atau berpelajaran tinggi
Segalanya terpulang kepada hati

Bila bersara bertaraf sama
Itulah apa kata Obama
Jadilah  kita warga biasa
Tiada pangkat tiada darjat tiada beza

Kita disini lain bicara
Sudah bersara lagi nak cerita
Kehebatan dia di satu masa
Walau pun telah ditelan masa

Bagi kami yang small fry
Apa yang berlalu dianggap selesai
Tiada complex hidup pun santai
Setenang laut tanpa badai.



-hmg


Tuesday 17 January 2017

Baca Blog Sendiri

( Berangan jadi penulis. Tak mampu banyaklah merapu. Tak apalah kalau pun nak ketawa)

Lama terpasang angan angan
Ingin berkarya dengan tulisan
Sudah lanjut pun masih perasan
Tersenyum kawan sambil berpesan

Hendak menulis mesti berilmu
Sekolah tinggi hingga ke U
Kena banyak mentelaah buku
Mesti peka dan ambil tahu

Info tepat padat karangan
Bahasa cantik indah sopan
Mesti kreatif dalam sindiran
Ke tulang som som rasa terkesan

Mesti pula banyak pengalaman
Ia boleh dijadikan bahan
Ilham juga boleh dicetuskan
Melalui banyak pengembaraan

Gossip menarik minat pembaca
Kenalah pula pandai cerita
Pandai tambah garam dan gula
Cerita juicy memang popular

Boleh tulis hal agama
Hal rukun dan juga ritual
Kalau hendak ia diviral
Acah dengan yang controversial

Biasalah tulis pasal makanan
Cara masak atau cari jalan
Ke gerai, kedai atau restoran
Selalu menjadi modal khabaran

Insan hebat dan istimewa
Sungguh tinggi nilai pemikirannya
Menimba idea di mana saja
Menjadi bestseller karya mereka

Banyak menulis mengambil masa
Berjam mengadap komputer riba
Kalau menaip pun teraba raba
Lupakan saja kata mereka

Aahhh . . .

Banyak nya syarat nak jadi penulis
Belum cuba dah rasa letih
Kalau begitu biar ku pilih
Di blog sajalah aku berlatih

Bertatih mengarang di sudut sepi
Gigih hingga ke dinihari
Agar segar bak embun pagi
Dihirup lebih secawan kopi

Dan . . .

Hari hari tengok log stat
Belek pageview graph dan chart
Referral  pelik lemahkan semangat
Pembaca tak sebanyak yang tercatat

Perkara itu boleh terjadi
Angkara spam bots ke blog kami
Traffic mencanak menjadi jadi
Buatkan kita syiok sendiri

Tak apa kerapkan publish entry
Orang tak kunjung ku baca sendiri
Harap disatu masa nanti
Blog terpahat ke banyak hati.


-hmg



Tuesday 10 January 2017

Tak Mahu Ingat

( Aku bagi ucapan " jousahn" dia tidak menjawab hanya mampu melambai. Dia tak suka berbual)

Sepanjang perjalanan yang begitu jauh
Di lautan luas pun pernah berlabuh
Cabaran di singgahan berteduh
Pernah tergoyah hati yang tidak utuh

Perlukah toleh melihat yang telah lalu
Apakah ada nilai pengalaman dulu
Atau akan hanya membuat hati merintih sayu
Kesalan sehingga senja berlalu

Kalau begitu biar saja tersimpan
Di atas muka surat helaian
Terkumpul didalam sebuah buku kehidupan
Kulitnya yang kelam cuba diceria dengan lukisan

Biar buku itu diletak dirak
Di antara naskah lain yang berselerak
Seperti juga hati yang semak
Dan jiwa yang berkocak

Jika difikirkan elok saja buku itu dihumban
Atau dibenamkan tanpa boleh dikesan
Agar terpadam semua catitan
Kisah hidup yang tak keruan

Di penghujung perjalanan
Tiada apa pun kemanisan kenangan
Kini tiada akan ada lagi permulaan
Kerana kelewatan.


-hmg

Thursday 5 January 2017

Transisi

( Terjumpa kawan yang lebih muda yang kini tiba masanya untuk bersara mengingatkan penulis kepada pengalaman yang telah lama berlalu)

Semasa di alam pekerjaan
Banyak belari dari berjalan
Kadang tergelincir dan berciciran
Jika lambat boss meroyan

Tiap tahun sedih hati
Kerana KPI kurang menjadi
Reappraisal tak elok kurang gaji
Jadilah macam orang kalah judi

Lastly tibalah detik masa
Cukup umur untuk bersara
Rasa gusar FAQ biasa
Lepas ini nak buat apa

Hati mula di serang gundah
Kerana keadaan akan berubah
Adakah hati boleh tabah
Dapat hanya separuh upah

Bukan saja pendapatan turun
Hutang juga ada bertimbun
Masih ada balance house loan
Walaupun bayaran sudah berkurun

Pulak sudah silap melabur
Dalam projek kini terkubur
Sejumlah wang telah lebur
Mata pinar terus kabur

Bila membeli di supermarket
Barang di trolley tak jadi membukit
Ke atas para balik diselit
Kerana phobia tak ada duit

Kini, itu semua sudah berlalu
Senanglah sedikit dari dahulu
Anak pun dah besar pimpinan tak perlu
Berjalan sendiri melangkah maju

Itu secebis kisah persara
Ada lagi jika nak cerita
Walaupun mewah di segi masa
Jari radang menaip lama

Ini bukanlah puisi nasihat
Hanya reflect dan teringat
Zaman bekerja berjaga dan berjimat
Bila pencen tak merempat sangat


-hmg