Sunday 5 May 2019

Hala Tuju


Ketiadaan hala tuju
Kata kata masakini
Untuk menghalalkan perlakuan
Beralih haluan

Telah berlabuh jauh
Telah pun berjalan berbatu batu
Masihkah mencari haluan kemana hendak di tuju

Gugup dan kabur 
Terpilih jalan berselut lumpur
Tidak nampak kayu dan tunggul
Awas tersadung boleh tersungkur



-hmg





Saturday 9 March 2019

Pantun Untuk Mu

Daun kering melayang jatuh
Ditiup angin merata rata
Aduh semangat mu begitu rapuh
Sedikit terduga rasa kecewa

Pokok memanjat disokong pagar
Tumbuh menjalar arah mentari
Kita yang lemah perlulah sedar
Usaha ikhtiar majukan diri

Matinya cili dalam semaian
Kerana di tanam rapat rapat
Usah di harap belas kasihan
Kelak tidak kesampaian hajat

Malar segar pokok keladi
Tumbuh berumpun di tempat redup
Tiada sangsi terhadap diri
Bebas dari jeratan hidup

Gaharu tumbuh menjulang tinggi
Akar kuat mengcengkam tanah
Jika mampan persiapan diri
Tertangkis segala ancaman fitnah

Sedikit angin pokok tak patah
Datang ribut tertegak juga
Fikiran tenang tidak melatah
Aturkan langkah siap siaga

Bunga kankung kembang berseri
Di dalam air subur akarnya
Bersih cekal kuatkan hati
Bekalan untuk ke puncak jaya



- hmg


Saturday 23 February 2019

Polos Sangat

(Sifat polos itu baik juga tetapi kadang kala orang lain akan mengambil kesempatan)


Wajah sayu lemah pertuturan
membayangkan kucar kacir kehidupan
Mata yang memandang di hati terkesan
ditawan oleh rasa kasihan

Setujulah saja apa jua alasan
permintaan tempuh di panjangkan
menjelang nya sepurnama kemudian
piutang pasti akan diselesaikan

Tibalah waktu yang dinantikan
seperenggan nota di pesanan
janji telah dikotakan
nah sudah berjaya dilakukan

Sabar menunggu berharian
tiada yang tiba penuhi harapan
di muka skrin mesin atm
sah menunjuk satu keanehan 

Walaupun marah terpaksa bertahan
tiada berguna lontar dentuman
dunia ini penuh penipuan
entah ke mana budi dan peradaban



- hmg