Saturday 9 March 2019

Pantun Untuk Mu

Daun kering melayang jatuh
Ditiup angin merata rata
Aduh semangat mu begitu rapuh
Sedikit terduga rasa kecewa

Pokok memanjat disokong pagar
Tumbuh menjalar arah mentari
Kita yang lemah perlulah sedar
Usaha ikhtiar majukan diri

Matinya cili dalam semaian
Kerana di tanam rapat rapat
Usah di harap belas kasihan
Kelak tidak kesampaian hajat

Malar segar pokok keladi
Tumbuh berumpun di tempat redup
Tiada sangsi terhadap diri
Bebas dari jeratan hidup

Gaharu tumbuh menjulang tinggi
Akar kuat mengcengkam tanah
Jika mampan persiapan diri
Tertangkis segala ancaman fitnah

Sedikit angin pokok tak patah
Datang ribut tertegak juga
Fikiran tenang tidak melatah
Aturkan langkah siap siaga

Bunga kankung kembang berseri
Di dalam air subur akarnya
Bersih cekal kuatkan hati
Bekalan untuk ke puncak jaya



- hmg