Wednesday 30 November 2016

Suka Air

(Air adalah suatu nikmat dalam kehidupan)

Aku suka tidur di atas air
Biar ia mengapung dan membuai
Membawa aku ke mana jua arus mengalir
Senang senang dan santai

Aku suka riak airnya
Berirama memukul manja
Pada tubuh yang penat rasa berbisa
Melerai kekusutan segala

Tidur di atas air yang tenang
Hendaknya pandai melentang
Mengapung mengimbang
Tangan mu bagai menggapai bintang

Tanpa badai di lautan
Tubuh mu menyusur nyaman
Tanpa gangguan dan ancaman
Dari hiruk pikuk kehidupan


- hmg

Thursday 24 November 2016

Pertengkaran

( Kami berkawan baik namun pertengkaran berlaku. Jari ingin berhujah juga)


Kami di kepulauan Nusantara
Sama rupa paras dan kulit muka
Yang berlainan cuma
Pada gelarannya

Cara pakai kami sama
Cuma sikit berbeza
Potongan kebayanya
Dan pada ikat sarung nya

Makanan pun nasi juga
Padi yang dibuang kulitnya
Dari padi bukit atau tanah rata
Masaknya serupa jika dalam rice cooker, a ha

Dulu di satu era
Moyang kami bebas ke sini sana
Boleh bersampan ke mana saja
Walau pun speed boat belum ada

Oleh sebab kami disempadankan
Tiap kelumpok berasingan tuan
Maka kami terputus hubungan
Interaksi pun berkurangan

Bagai dalam kurungan
Di sesuatu kawasan berasingan
Budaya dan adat terkekang
Kebebasan terhalang

Siapa pun tidak boleh menafikan
Keberadaan kami tak boleh disamakan
Dengan mereka yang bertandang kemudian
Datang terus enak mengecap kemakmuran

Memang kami disini
Sejak datuk moyang lagi
Terpisah kami begini
Kerana kolonialisasi

Bila kami bangun berdiri
Janganlah kamu khuatiri
Kami hanya mahu jaga hak sendiri
Supaya tidak dikhianati

Mungkin pendapat ini kuno bunyinya
Kepada mereka yang lagak maju berjaya
Bagi yang masih teraba raba
Perjuangan masih ada relevennya

Akhir kalam
Harap mu faham
Harap mu hadham
Kalau boleh, diam!


- hmg

Wednesday 23 November 2016

Tidak Rela

(Sekali sekala balik terkenang masa dulu sedih melihat keadaan sekarang)

Asal saya dari utara
Tak kan nak lupa kampung halamannya
Tetapi lama tak balik ke sana
Lama selesa di tengah Malaya

Masa kan saya boleh lupa
Ada sungai jernih airnya
Sawah hijau merehat mata
Dan orang kampung yang ramah mesra

Walau pun nun jauh di sana
Rasa teringin balik juga
Meninjau kepada keadaan semasa
Di pinggir sungai terasa hiba

Ketika melihat keadaan di situ
Mana belacak dan ketam batu
Di atas selut yang hitam kelabu
Sampah sarap plastik dan kayu

Airnya pun sudah keruh
Tebingnya pula macam nak roboh
Bot dan sampan banyak sungguh
Tersadai rosak pembaikan tertangguh

Kawasan sawah sebak melihatnya
Luas sawah sudah tiada
Sawit ditanam di sini sana
Hilang sudah keindahan landskapnya

Air sawah dah macam berkarat
Tiada lagi keli dan sepat
Kalau nak makan ikan darat
Jangan dicari tak akan dapat

Kalau nak makan gulai keli
Pergilah market boleh beli
Ikan kolam atau perigi
Yang tak seperti dari sawah padi

Masa zaman kanak-kanak
Rumput rampai dianggap semak
Tidak pun terfikir walau sejenak
Alam sekitar boleh rosak

Bagaimana boleh memperbaiki
Alam sekitar yang dinodai
Bukan hanya berhiba di hati
Ikhtiar yang sungguh perlu dicari


- hmg




Hujan Panas

(Bahang masih terasa walau pun hujan telah turun)


Hari berbahang panas
Tetapi berkepul awan di atas
Tanpa dulu amaran rebas
Hujan turun sangat deras

Tadi rasa panas meruap
Kini jalan tar seakan berasap
Ada yang berlari mecari atap
Meski pun bertopi dan berketayap

Ramai yang lain tetap bersemangat
Tidak terkesan dek hujan lebat
Kerana hendak mendengar amanat
Tidak kisah lencun dan juga penat

Begitulah peel manusia
Teguh pendirian sebulat kata
Apa yang tertanam di dalam dada
Benih becambah sudah dibaja

Bila hati mengatasi minda
Tak guna lagi berbicara
Daun keladi, curah air diatasnya
Tetap kering seperti biasa

Apa yang mereka tidak pinta
Walau tak dihuraikan dalam kata
Tetapi penuh dengan sinikal
Bolehlah faham maksud mereka

Apakah anda tidak sedar
Masih tertidur masih tak segar
Atau pun masih besabar sabar
Atau cakap sahaja berdegar degar

Perlukah kita bingkas melawan
Jika tak bersedia pasti ditawan
Atau hanya perlu bertahan
Apa yang ada dalam kawalan

Begitulah senario hari ini
Banyak dilemma dalam hati
Jika tak bijak ditangani
Hilang nanti semua legasi.


- hmg



Sunday 20 November 2016

Jangan Kacau Perempuan

( Adalah lumrah perempuan suka berfesyen. Tak salah pun)

Perempuan suka berfesyen
Suka ikut trend
Bukan sahaja baju kain
Juga aksessori dan solekan

Baju saja berbagai pattern
Kurung kebaya skirt dan gaun
Satin linen chiffon cotton
Atau sutera yang cantik beralun

Ramai memilih memakai tudung
Ringkas atau berlapis bergulung
Selendang pun elok untuk melindung
Yang paling praktikal topi dan payung

Ada yang suka gaya bebas
Leher jinjang di ikat skaf
Kemeja di dalam blazer atas
Dipakai semasa bertugas khas

Kasut, beg tangan berjenama
Buatan dari berbagai benua
Harga nya tak usahlah di tanya
Tak kisah pun asalkan sempurna

Bagi mereka yang ada klas
Takkan lupa barang kemas
Intan berlian atau emas
Ingat harganya macam nak lemas

Bagi wanita aktif bersukan
Ada baju yang bersesuian
Dari jenama ternama pilihan
Ranggi segak berzumba sakan

Muka pula perlu di solek
Di ofis nampak fresh dan cantik
Kena guna produk yang baik
Bertahan sehingga sewaktu balik

Perempuan hari ini atau kelmarin
Yang kaya atau yang miskin
Tak boleh di pisah dari fesyen
Mahu bergaya penuh yakin.

Biarlah mereka dengan caranya
Kalau itu yang mereka suka
Orang lain tak perlu bersuara
Nak memandai menghukum mereka.




-hmg

Saturday 19 November 2016

My Concern For You

(Bila rasa marah atau kecewa kepada sesuatu keadaan kita express berbagai cara)

You look into yourself
Void as if nothing is there
You are just what you are
No matter what you wished for
Only your imagination runs wild
You remain there just as before
You ignore your potential
You don't sharpen and strenghten your mental
You don't heighten your morale
In a weakening state
You are too late
You lag behind
Left by the speedy time
Goodies have gone
Even the crumbs
Slipping through the fingers of your hands
And you are stooped, grounded, halted and dumped
People pass you by
You watch in desperation
Overwhelmed and drowned
How do you want to catch on
Onto the train of life
When you are only there on the mat prostrating
Palms up and just hoping
Such is a picture a soul in vain
No battle you can gain
Rise my friend
Take a deep inspiration
Exhale your frustrations
With hope and determination
You shall stand tall again.

- hmg





Friday 18 November 2016

Marah Juga

(Suasana sedikit tegang. Yang melihat juga ada perasaan)

Sana sini riuh rendah
Semua pun nak cakap tak mahu kalah
Berforum berceramah dan juga berkhutbah
Hairan mereka kita tak endah

Apakah mereka tidak tahu
Apa sebab kita begitu
Mereka dengan muka tak malu
Kurang **** berkepala batu

Jangan di pujuk hati kami
Panas meruap macam api
Luruh rasa jantung hati
Kerana selalu rasa dibuli

Juga selalu jadi rugi
Kerana ditipu banyak kali
Ada pula antara kami
Yang tidak sedar diri

Orang kampung orang rural
Di sini kami memang nya asal
Senang susah tiada hal
Jangan mu datang cari pasal

Hidup kami hari hari
Kais pagi tak habis hari ini
Boleh juga bertahan lagi
Walau pun lembab ekonomi

Kamu semua nak jerit jerit
Adakah hidup kamu perit
Kalau kamu tak berduit
Kamu bukankah gulungan elit

Sengaja kamu hendak menjerat
Orang yang dah letih dan tak larat
Menekan dengan benda yang berat
Agar dia tersungkur merempat

Pada kamu kami bodoh
Tolong jangan cari gaduh
Kasi tau kamu kami berpengaruh
Jangan pula kamu gemuruh

Sudah lama rasa terpendam
Hati rasa sangat geram
Macam luka di sapu asam
Tetapi budaya kami tidak berdendam

Kebiasaan kami tetap gentlemen
Kami sedia bersalaman
Dengan mereka yang siuman
Yang mahukan hidup aman

Apa guna berkonfrantasi
Siapa pun tak untung semua rugi
Mari semua muhasabah diri
Pertahan kita ibu pertiwi.




- hmg



Thursday 17 November 2016

Pejuang Bahasa


(Tertarik dengan tajuk sebuah blog yang bertajuk "Saya Pejuang Bahasa". Ia membuat saya berfikir)


Dengan mata pena
Ditulis nya
Dengan sentuhan di gadget yang canggih buatan nya
Atau taip di blog sahaja

Adakah berkesan
Apabila yang di tuliskan
Yang nak disampaikan
Hanya cerita remeh harian

Mereka yang berupaya
Ada portal berita
Elok untuk perkembangkan budaya bangsa
Tetapi banyak cerca mencerca yang ada

Aku di tahap orang biasa
Cakap pun caca marba
Tulisan pun malu nak dibaca
Aku tak ngaku pejuang bahasa

Bahasa jiwa bangsa
Yang selalu diulang kata
Saja nak mententeramkan rasa
Mampu menyanyi saja

Mengapa cerdik pandai tak banyak menulis
Tentang ilmu dan saintifik knowledge
Yang dapat mengangkat kehidupan persis
Masyarakat maju tamadun tingginya banyak di publish.

Kita, novel cinta memanglah berlambak
Bagi melayan hati yang bekecamuk semak
Buku sastera dah lama dicampak
Nun di belakang rak

Yang ada banyak tersusun
Buku doa cara memohon ampun
Itu yang orang kita mampu tulis pun
Atau cerita murah kartun

Lihat lah orang barat
Dengan tamaddun masyarakat
Berilmu dan bersemangat
Tentulah bahasanya hebat

Kita ambil iktibar dari mereka
Dimana mana pun suka membaca
Bukan novel cinta sahaja
Tetapi segala ilmu mahu diteroka

Bagi mereka yang terlibat
Pejuang bahasa yang bersemangat
Tuju lah ke arah matlamat
Menjadikan bahasa kita juga hebat

Syabas saya serukan
Teruskan dengan penulisan
Teruskan perjuangan
Agar bahasa kita pun mencapai keagungan.


- hmg



Tuesday 15 November 2016

Pilih Resepi

( Ada satu buku lama tebal yang buruk. Didalamnya tercatit berbagai resepi tulisan tangan berbagai style. Hampir semua tak boleh baca)

Biasakah terjadi kepada anda
Masakan bland tak ada rasa
Sudah pun ditambah garam dan gula
Tetapi tetap tak jadi sempurna

Cuba guna resepi emak
Bahan tak timbang hanya campak campak
Tetapi apabila siap dimasak
Rasa sedap sungguh gempak

Kita perempuan suka mencuba
Resepi kek pakai mentega
Bebagai bahan dicampur sama
Bila dah masak kempis pula

Panas hati kek tak jadi
Mungkin salah salin  resepi
Ke longkang terbang kek nya tadi
Kesal dan geram dalam hati

Kalau tidak mahu rugi
Kalau tak mahu baling kek lagi
Pergi internet cari resepi
Moga moga semua menjadi

Awas awas buat pilihan
Dalam internet blog masakan
Ada yang entah bukan bukan
Cuba masam manis dan azie kitchen

Resepi mereka saya puji
Beberapa jenis dah saya uji
Kek dan tart semua menjadi
Cantik gebu enak sekali

Ada satu website mat salleh
Banyaknya resepi tak terpilih
Nampak sedap lior melilih
Yang saya uji semuanya okeh

Biarlah disini saya nyatakan
Banyak juga resepi masakan
Yang pelik pelik bahan bahan
Tak berani saya nak buat rujukan

Kesimpulannya jangan cuba sembarangan
Dengar dulu review kawan kawan
Dapat elak kerugian
Itulah yang saya ingin berpesan.


- hmg




Monday 14 November 2016

Hujung Minggu

( Selalu terfikir mengapa ada hujung minggu)

Isnin selasa hingga sabtu
Kemudian ada hari minggu
Yang orang ofis tunggu tunggu
Apatah lagi yang tak ada pembantu

Ya patutnya berehat dari lelah
Kerja banyak rumit dan susah
Kadang pula kena meredah
Jalan raya banjir melimpah

Itu tak kira trafik jam
Hari hari berjam jam
Pegang steering mata pejam
Kerana lewat tidur semalam

Di hujung minggu sedikit lega
Nafas bolehlah selesa menghela
Mengambil angin ditepi jendela
Atau berkerusi malas di beranda

Aaahh . . .

Jangan diharap sedap begitu
Jika di rumah tiada pembantu
Periok belanga kain baju
Bertimbun timbun sedang menunggu

Kemas cuci sapu sampah
Sudah berminggu bersepah sepah
Baik di dalam dan luar rumah
Semak hati makin betambah

Juga nak siapkan bahan bahan
Untuk bekalan minggu hadapan
Kain baju dan semua persiapan
Untuk tidak rasa tertekan

Patutnya dapatlah sekejap ke padang
Beriadah melonggar urat yang tegang
Diri pun boleh jadi tenang
Ada cabaran tak cepatlah bengang

Apa nak buat gaji tak banyak
Nak ambil pembantu memang tak layak
Penat nya badan macam terkoyak
Terpaksa akur walau tak hendak

Itulah nasib raayat marhean
Tiada berehat tiada bermain
Hari minggu atau hari lain
Berputar putar macam mesin

Sungguh baik nasib mereka
Yang bergaji besar dan selesa
Berpeleseran bersuka suka
Dapat bermesra dengan keluarga

Hujung minggu itulah gunanya
Untuk selesaikan tugas tertunda
Untuk bersedia nak bekerja semula
Bukan untuk berehat semata.


- hmg



Sunday 13 November 2016

Baca Blog

( Terlintas di pemikiran adakah ia satu pembaziran masa.)

Saya suka baca blog
Walau pun baru bangun tidoq
Banyak article yang shiok shiok
Termasuk juga traveloque

Tetapi selalu minat ditarik
Oleh tulisan blog politik
Buat nadi kencang berdetik
Macam berlari naik bukit

Kalau ada darah tinggi
Elok hindari blog begini
Lemah jantung ke apa nanti
Takut terkejut tergolek mati

Aktiviti favorite orang sekarang
Baca blog muslihat terkarang
Setelah baca karang berang
Yang tak bersetuju asyik berperang

Banyak juga propaganda
Yang tak ada diada ada
Habis percaya yang simple mindanya
Tidak peduli semua fakta

Saya tak serius sedikit nakal
Buat bodoh dengar perihal
Kadang mengusik tapi tak kesal
Kekawan bertekak macam hilang akal

Kadang pula jadi lawak
Kepada saya dan juga awak
Dalam serius mereka bertekak
Kita ketawa terbahak bahak

Ada juga saya tonton
Video politik yang ada bertimbun
Perkara yang sama sepanjang tahun
Bagi saya tak ada isu pun

Saja saja seronok membaca
Bukanlah pula buang masa
Ada juga kebaikannya
Jadi tidaklah blur sahaja

Elok juga ambil tahu
Kerana sekarang ni banyak hantu
Ada penyangak dan penipu
Ready nak ambush yang keliru

Biar kita buat kesimpulan
Baca blog jangan keterlaluan
Take it with a grain of salt kata panduan
Hati tenang hidup pun aman.


- hmg


Saturday 12 November 2016

Buat Pilihan

( Ditulis semasa hujan lebat siaran astro tergendala)

Tidak puas hati sangat
Siaran tv tersekat sekat
Terlepas berita yang gempak hangat
Berita election Amarika Syarikat

Biarlah saja baca akhbar
Kadang berita lewat siar
Portal berita alam cyber
Cepat cerita tak tentu benar

Ah apa kisah Donald John Trump
Kempen banyak lepas geram
Isu Clinton juga tak faham
Kerana tak ikut dengan mendalam

Fokus pula ke negara ini
Isu dimain diapi api
Semua perkara nak diadili
Mereka letak hukum sendiri

Dulu kecoh dengan gst
Berbahas bertekak sampai nak mati
Hampir nak pecah kedai kopi
Gst tetap juga menjadi

Kini pula ada terdapat
Minyak masak kurang sangat
Nak beli banyak akan disekat
Banyak pula di negara sahabat

Banyak betul isu berbangkit
Ramai sungguh sibuk mengungkit
Ada pula yang hipokrit
Mungkin sibuk nak cari duit

Bagi yang suka keamanan
Semua itu tak dipedulikan
Prioriti keutamaan
Atur elok hidup harian

Terlalu fikir pening kepala
Kalau semua pun tidak kena
Tak betul betul apa yang ada
Jadi lah kita meraba raba

Buruk berita elok berita
Dibaca hanya mengisi masa
Tak paksa jika tak suka
Boleh blah itu semua

Biar kita jadi tabah
Kerana hidup tak serba indah
Biar mereka bergaduh berbalah
Tak usah kita hendak menyebelah

Bila tiba masa ketentuan
Jangan pula kita abaikan
Gunalah hak pengundian
Biar betul buat pilihan

Negara elok kita mahukan
Negara maju dan juga aman
Hanya itulah sedikit pesan
Maaf kiranya terkasar kiasan.

-hmg

Thursday 10 November 2016

Di Ambang Senja

( Nota tertulis di pemikiran semasa bersembang dengan kawan kawan)


Di meja makan di dapur sunyi
Duduklah suami sambil menanti
Sepatah kata pun tidak berbunyi
Isteri pun diam tidak peduli

Makanan panas kini di depan
Sang isteri yang telah masakkan
Ayam panggang kangkung belacan
Apa lagi silalah makan

Sang suami tak lupa membaca doa
Bukan hanya masa nak mula
Di pertengahan nanti ada juga
Hinggakan suapan tertunda tunda

Kalau di lihat pelik juga
Entah apa dibaca apa dipinta
Bagi isteri ringkas sahaja
Dalam hati syukur di nyata

Oh terlupa garpu dan juga camca
Patutlah suami tak jadi mula
Tugas isteri caca marba
Janganlah marah kerana terlupa

Keakhir kini memang pelupa
Maklumlah umur semakin tua
Dah mula putih rambut di kepala
Mohon maaf jika tak kena

Makanlah makanlah isteri pelawa
Kurang ummph masin tak rasa
Maaf lagi dia bersuara
Suami tidak pun mengangkat muka

Tiba masa pencuci mulut
Isteri juga mengangkat buntut
Mengambil pisau di penyangkut
Nak potong tembikai yang membusut

Bukan senang nak potong tembikai
Kulit tebal tak boleh pakai
Tangan lemah macam nak terkulai
Tembikai terjatuh di atas lantai

Selesai santap perkakas di himpun
Perlu dibasuh dan disusun
Tungku dan sinki terpaksa disabun
Bersih cuci tikus tak turun

Tugas banyak tak tergapai
Suami sudah bersantai santai
Sebatang rokok sepanjang cabai
Telah dihisap hampir selesai

Senyap tetapi seakan mengarah
Hati isteri terusik sudah
Diambil kerepek di kunyah kunyah
Untuk mengawal rasa amarah

Krup krup krup rancak berbunyi
Masih kuat gigi dan gusi
Barisan gigi pun berseri lagi
Suami yang pandang iri hati

Isteri nakal menjeling glee
Tambah lagi dengan memperli
Hisaplah rokok bertali tali
Biar luruh semua gigi

Haaah

Walaupun ada selisih faham
Perang dingin datang mengancam
Tak parah jika cepat dicam
Rumahtangga tak lah karam

Bila sudah berduaan begini
Bila sarang sudah pun sepi
Anak dah keluar hidup sendiri
Tidak ada penghibur hati

Biar banyak bertoleransi
Gunakan juga diplomasi
Agar rukun dan perang tak jadi
Aman bersama keakhir nanti


- hmg





Wednesday 9 November 2016

Jangan Tak Tahu


( Puisi ini di cipta untuk respond ke satu msg di WhatsApps.
 msg dalam versi puisi menyentuh kos sara hidup yang makin tinggi)


Ini respond untuk anda
Dari sahaya perempuan tua
Dulu hidup susah juga
Berkat beringat kini selesa

Wahai anda yang bijaksana
Sudahkah anda ada membaca
Portal bebas alam maya
Atau akhbar harian yang biasa

Di mana jua ada yang susah
Ada penipu ada perasuah
Di negeri mundur ekonomi parah
Juga di negara yang maju sudah

Hidup kita kita lah merancang
Jika susah tak salah orang
Harga tinggi barang barang
Duit anda anda lah pegang

Jika  amalkan prioriti
Kenapa kek tak pilih roti
Berkereta bersiar sana sini
Naik lah saja kereta api

Begitu juga dengan masa
Berceramah ke pagi sejak senja
Jika di semak apa dikata
Tak ada apa pun cuma buang masa

Ke setiap ruang mata meleret
Ramai yang buang masa dengan hand set
Sibuk nya jari menyentuh gadget
Melayar facebook twitter dan internet

Masa itu ibarat emas
Dipajak dia dimasa cemas
Jika hidup tiada kemas
Di lautan hidup kau akan lemas

Balik cerita hal ekonomi
Cerita belanja dah naik tinggi
Pandai lah kita berbahagi bahagi
Supaya cukup sana sini

Jangan kesal  budget yang tinggi
Kerana anak berderet menanti
Bukan kah pilihan anda sendiri
Merancang tiada…but… mengikut hati

Tetapi jangan pula anda gundah
Boleh ambil jalan mudah
Bukan kah berbillion zakat dan fitrah
Sudah dikutip terkumpul sudah

Pergi lah kesana buat aduan
Yang hidup anda dalam kesusahan
Mungkin anda di beri bantuan
Kalau tak dapat jangan meroyan

Menunding jari jadi budaya
Di cyber space bermaharaja lela
Sambutan viral di semesta maya
Kadang tertembak sendiri jua

Biar lah kita pendek kan cerita
Hidup ini hidup kita
Allah dah beri otak dan daya
Fikirlah hal yang sendiri punya

Biar lah mereka menegur melolong
Konon raayat hendak ditolong
Cuma nya ramai kuat berbohong
Terlalu banyak menyimpan pekong

Mohon berhenti disini saja
Agar jangan lah hati terasa
Terkasar bahasa atau apa saja
Saya hanya lah orang biasa.



_ hmg

Musim Kemarau



(Terjumpa catatan lama di atas kertas yang sudah diremas)


Bumi gersang telah disiram
Masih kekuningan rumput di halaman
Pohon menjalar terkulai layu
Terpaut di dahan yang hampir patah
Daun hijau beralih kuning
Yang kering berguguran
Tanda kemarau berpanjangan
Tetapi mu pohon yang tegap berdiri
Akar mu kuat mengcengkam bumi
Tunjang mu mencucuk dalam
Tercapai mu bekalan
Untuk tetap menghijau
Walaupun di musim kemarau


- hmg