Sunday 19 March 2017

Cakap Senang

( Kadang kadang kita hanya pandai berkata kata . . . )


Engkau bergelar seniman
punyai pena tajam
berkias dengan penulisan
yang mampu
menzahirkan
madah kasihan
yang tiada membantu

Telunjuk senang mengarah
kuatkan hujah hujah
tetapi tidak semudah
untuk mengisi
nasi
kedalam pinggan yang hampir pecah.



- hmg

Tuesday 14 March 2017

MexicanPetunia



 Cantik nya warna berseri
diwaktu pagi
 rebas semalam membasahi

Pasti nya terus menari 
dibawah matahari
yang lembut menyinari

Sayang nya kembang tidak bertahan 
 tiba petang layu berguguran
  
Pun begitu tumbuhan bisa menawan seluruh halaman
hebatnya akar meliar mencengkam
walaupun di gurun yang gersang


- hmg

Thursday 9 March 2017

Rose


Bunga rose berbagai warna

Rose . . . nama mu di julang tinggi
kehormatan di beri
kepada mu sejak dulu lagi
di meja utama kamulah penyeri

Warna warna lembut dan garang
kamu membawa berbagai lambang
cinta kasih sayang
rose putih, kesucian

Awas mendamba kamu 
kerana kuntum mu 
di lindungi
tajam nya duri duri

Mengurus mu lembut dan hati hati
takut kelopak mu berderai nanti
bertaburan jatuh ke bumi

Di kala itu kamu tidak dihargai 
sisa diri mu tanpa rasa dipijak kaki kaki 
yang tidak peduli


- hmg

Wednesday 8 March 2017

Hydrangea


Bunga hydrangea 

Mekar segar
warna lembut bagai pelangi
merentasi langit pagi

Kecil kuntumnya
tiada bangga
namun merapat mesra
menjadi jambangan 
megah menghiaskan

Kegebuan hydrangea
menggamit lirikan mata
membunga rasa
di hati dan jiwa

Kelembutannya bisa 
menghembus pergi
rawan di hati 


   - hmg

Tuesday 7 March 2017

Sejuknya Rasa

( Puisi di tulis kerana teringat seseorang yang melekat di hati. Ceria dan suka melawak. Kini berpergian jauh kerana kehendak tugas)


Matahari waktu siang bulan waktu malam
Tak pernah pula siang gelap dan kelam
Kecuali hari nak hujan awan tebal semacam
Langit nak runtuh bagai semua nak reban

Begitulah putaran
Mengikut arahan
Tak pernah berlawanan
Teguhnya sistem

Tetapi kehidupan kita manusia
Perubahan adalah biasa
Berlawanan kedudukan perkara
Naik turun macam pusingan roda sahaja

Ingat semasa muda
Anak dikelek berbagai keperluan semasa
Susu cereal bubur segala
Baju seluar pempes nak disedia

Mereka meniti dewasa kita meningkat tua
Keperluan kini berbeda
Kadang ditanya "mama susu ada?"
Bagaikan jenaka

Situasi bagai terbalik
Peranan bertukar milik
Kesedaran datang tanpa diherdik
Peka bertanggung jawap dan celik

Pun dulu ada kebimbangan dihati
Kecelaruan kepanasan terik matahari
Kini sejuk nya rasa bagai embun pagi
Akan ketinggian hati budi



-hmg