Thursday 9 November 2017

Hujan Pagi

(Hujan . . . ada masa di nanti nantikan. Jika terlalu banyak hujan ia akan mendatangkan kegelisahan. Kadang kala membawa kesedihan)


Suasana dingin begini
Kerana hujan pagi
Melayan rasa sepi
Keluhan di sanubari

Kencang angin membawa hujan
Berlimpahan air di halaman
Burung pun tiada kuasa bersiulan
Bertempiaran mencari teduhan

Langit yang hitam kelam
Tandanya hujan akan berlarutan ke malam
Akan membuai tidur semalaman
Jika hati tidak di ragut kegelisahan

Dentuman petir yang mendebarkan
Beriringan curahan hujan
Seperti air mata jatuh bercucuran
Ketika hati berkesedihan.




Tuesday 7 November 2017

Coretlah Rasa

(Nota tertulis untuk seorang kawan yang sedang di dalam kegelisahan.)

Jika hati rasa sunyi
Jiwa kosong tak berisi
Hidup rasanya tiada erti

Gunakan mata pena
Dengan apa jua warna tinta
Coretlah rasa

Mungkin terungkai yang tersimpul
Yang terbuku cair terlebur
Yang tenggelam meringan timbul

Kerana kini jelas di hadapan
Coretan kenyataan
Apa yang berkurangan

Agar hati tiada keraguan
 Untuk memilih laluan
Di persimpangan