Sunday 22 January 2017

Itu Semua Sudah Sejarah

( Satu hari dua orang kawan lama datang bertandang ke rumah. Riuh rendah bergebang. Topik berlegar ke zaman pekerjaan, biasa lah.  )


Sedang berehat di tepi jendela
Terpandang se buah kereta saga
Teringat kepada zaman bekerja
Berulang alik berkereta serupa

Kereta buruk rosak kerap
Kadang kadang enjin berasap
Tergendala urusan bukan sekejap
Alamat merahlah tanda di punch kad

Ada juga kawan nak tolong
Punch di kad boleh dibohong
Jika tertangkap nak pandai kelentong
Jadi biarlah kad itu kosong

Sahaya cuma kuli biasa
Terpaksa akur pada ketua
Jika dapat reprimand darinya
Apa nak buat terimalah saja

Warisan zaman cekap amanah
Rasanya ramai gundah gelisah
Sebab mereka memang bermasaalah
Hingga ke akhir mereka susah

Antara kami  kuli biasa
Tak banyak kerenah patuh segala
Arahan boss dilakukan segera
Tidak banyak pening kepala

Pengurus besar atau ketua
Sungguh berat menanggung kuasa
Mengurus project harga berjuta
Tersilap kira tak boleh lena

Ada juga biasa terjadi
Boss besar meninggi diri
Mengurus tak pandai mahu dipuji
Bermandian dengan self glory

Jika di bandingkan budi pekerti
Etika kerja dan integrity
Bersekolah rendah atau berpelajaran tinggi
Segalanya terpulang kepada hati

Bila bersara bertaraf sama
Itulah apa kata Obama
Jadilah  kita warga biasa
Tiada pangkat tiada darjat tiada beza

Kita disini lain bicara
Sudah bersara lagi nak cerita
Kehebatan dia di satu masa
Walau pun telah ditelan masa

Bagi kami yang small fry
Apa yang berlalu dianggap selesai
Tiada complex hidup pun santai
Setenang laut tanpa badai.



-hmg


No comments:

Post a Comment