Tuesday, 10 January 2017

Tak Mahu Ingat

( Aku bagi ucapan " jousahn" dia tidak menjawab hanya mampu melambai. Dia tak suka berbual)

Sepanjang perjalanan yang begitu jauh
Di lautan luas pun pernah berlabuh
Cabaran di singgahan berteduh
Pernah tergoyah hati yang tidak utuh

Perlukah toleh melihat yang telah lalu
Apakah ada nilai pengalaman dulu
Atau akan hanya membuat hati merintih sayu
Kesalan sehingga senja berlalu

Kalau begitu biar saja tersimpan
Di atas muka surat helaian
Terkumpul didalam sebuah buku kehidupan
Kulitnya yang kelam cuba diceria dengan lukisan

Biar buku itu diletak dirak
Di antara naskah lain yang berselerak
Seperti juga hati yang semak
Dan jiwa yang berkocak

Jika difikirkan elok saja buku itu dihumban
Atau dibenamkan tanpa boleh dikesan
Agar terpadam semua catitan
Kisah hidup yang tak keruan

Di penghujung perjalanan
Tiada apa pun kemanisan kenangan
Kini tiada akan ada lagi permulaan
Kerana kelewatan.


-hmg

3 comments:

  1. Marah bunyinya sajak ni!
    Kenapa padamkan komen anda di blog saya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen sama tersubmit 2x so padam satu. Mohon maaf.

      Delete