Sunday 20 November 2016

Jangan Kacau Perempuan

( Adalah lumrah perempuan suka berfesyen. Tak salah pun)

Perempuan suka berfesyen
Suka ikut trend
Bukan sahaja baju kain
Juga aksessori dan solekan

Baju saja berbagai pattern
Kurung kebaya skirt dan gaun
Satin linen chiffon cotton
Atau sutera yang cantik beralun

Ramai memilih memakai tudung
Ringkas atau berlapis bergulung
Selendang pun elok untuk melindung
Yang paling praktikal topi dan payung

Ada yang suka gaya bebas
Leher jinjang di ikat skaf
Kemeja di dalam blazer atas
Dipakai semasa bertugas khas

Kasut, beg tangan berjenama
Buatan dari berbagai benua
Harga nya tak usahlah di tanya
Tak kisah pun asalkan sempurna

Bagi mereka yang ada klas
Takkan lupa barang kemas
Intan berlian atau emas
Ingat harganya macam nak lemas

Bagi wanita aktif bersukan
Ada baju yang bersesuian
Dari jenama ternama pilihan
Ranggi segak berzumba sakan

Muka pula perlu di solek
Di ofis nampak fresh dan cantik
Kena guna produk yang baik
Bertahan sehingga sewaktu balik

Perempuan hari ini atau kelmarin
Yang kaya atau yang miskin
Tak boleh di pisah dari fesyen
Mahu bergaya penuh yakin.

Biarlah mereka dengan caranya
Kalau itu yang mereka suka
Orang lain tak perlu bersuara
Nak memandai menghukum mereka.




-hmg

No comments:

Post a Comment