Friday 18 November 2016

Marah Juga

(Suasana sedikit tegang. Yang melihat juga ada perasaan)

Sana sini riuh rendah
Semua pun nak cakap tak mahu kalah
Berforum berceramah dan juga berkhutbah
Hairan mereka kita tak endah

Apakah mereka tidak tahu
Apa sebab kita begitu
Mereka dengan muka tak malu
Kurang **** berkepala batu

Jangan di pujuk hati kami
Panas meruap macam api
Luruh rasa jantung hati
Kerana selalu rasa dibuli

Juga selalu jadi rugi
Kerana ditipu banyak kali
Ada pula antara kami
Yang tidak sedar diri

Orang kampung orang rural
Di sini kami memang nya asal
Senang susah tiada hal
Jangan mu datang cari pasal

Hidup kami hari hari
Kais pagi tak habis hari ini
Boleh juga bertahan lagi
Walau pun lembab ekonomi

Kamu semua nak jerit jerit
Adakah hidup kamu perit
Kalau kamu tak berduit
Kamu bukankah gulungan elit

Sengaja kamu hendak menjerat
Orang yang dah letih dan tak larat
Menekan dengan benda yang berat
Agar dia tersungkur merempat

Pada kamu kami bodoh
Tolong jangan cari gaduh
Kasi tau kamu kami berpengaruh
Jangan pula kamu gemuruh

Sudah lama rasa terpendam
Hati rasa sangat geram
Macam luka di sapu asam
Tetapi budaya kami tidak berdendam

Kebiasaan kami tetap gentlemen
Kami sedia bersalaman
Dengan mereka yang siuman
Yang mahukan hidup aman

Apa guna berkonfrantasi
Siapa pun tak untung semua rugi
Mari semua muhasabah diri
Pertahan kita ibu pertiwi.




- hmg



No comments:

Post a Comment