Wednesday 23 November 2016

Hujan Panas

(Bahang masih terasa walau pun hujan telah turun)


Hari berbahang panas
Tetapi berkepul awan di atas
Tanpa dulu amaran rebas
Hujan turun sangat deras

Tadi rasa panas meruap
Kini jalan tar seakan berasap
Ada yang berlari mecari atap
Meski pun bertopi dan berketayap

Ramai yang lain tetap bersemangat
Tidak terkesan dek hujan lebat
Kerana hendak mendengar amanat
Tidak kisah lencun dan juga penat

Begitulah peel manusia
Teguh pendirian sebulat kata
Apa yang tertanam di dalam dada
Benih becambah sudah dibaja

Bila hati mengatasi minda
Tak guna lagi berbicara
Daun keladi, curah air diatasnya
Tetap kering seperti biasa

Apa yang mereka tidak pinta
Walau tak dihuraikan dalam kata
Tetapi penuh dengan sinikal
Bolehlah faham maksud mereka

Apakah anda tidak sedar
Masih tertidur masih tak segar
Atau pun masih besabar sabar
Atau cakap sahaja berdegar degar

Perlukah kita bingkas melawan
Jika tak bersedia pasti ditawan
Atau hanya perlu bertahan
Apa yang ada dalam kawalan

Begitulah senario hari ini
Banyak dilemma dalam hati
Jika tak bijak ditangani
Hilang nanti semua legasi.


- hmg



No comments:

Post a Comment