Monday 14 November 2016

Hujung Minggu

( Selalu terfikir mengapa ada hujung minggu)

Isnin selasa hingga sabtu
Kemudian ada hari minggu
Yang orang ofis tunggu tunggu
Apatah lagi yang tak ada pembantu

Ya patutnya berehat dari lelah
Kerja banyak rumit dan susah
Kadang pula kena meredah
Jalan raya banjir melimpah

Itu tak kira trafik jam
Hari hari berjam jam
Pegang steering mata pejam
Kerana lewat tidur semalam

Di hujung minggu sedikit lega
Nafas bolehlah selesa menghela
Mengambil angin ditepi jendela
Atau berkerusi malas di beranda

Aaahh . . .

Jangan diharap sedap begitu
Jika di rumah tiada pembantu
Periok belanga kain baju
Bertimbun timbun sedang menunggu

Kemas cuci sapu sampah
Sudah berminggu bersepah sepah
Baik di dalam dan luar rumah
Semak hati makin betambah

Juga nak siapkan bahan bahan
Untuk bekalan minggu hadapan
Kain baju dan semua persiapan
Untuk tidak rasa tertekan

Patutnya dapatlah sekejap ke padang
Beriadah melonggar urat yang tegang
Diri pun boleh jadi tenang
Ada cabaran tak cepatlah bengang

Apa nak buat gaji tak banyak
Nak ambil pembantu memang tak layak
Penat nya badan macam terkoyak
Terpaksa akur walau tak hendak

Itulah nasib raayat marhean
Tiada berehat tiada bermain
Hari minggu atau hari lain
Berputar putar macam mesin

Sungguh baik nasib mereka
Yang bergaji besar dan selesa
Berpeleseran bersuka suka
Dapat bermesra dengan keluarga

Hujung minggu itulah gunanya
Untuk selesaikan tugas tertunda
Untuk bersedia nak bekerja semula
Bukan untuk berehat semata.


- hmg



No comments:

Post a Comment