Saturday 12 November 2016

Buat Pilihan

( Ditulis semasa hujan lebat siaran astro tergendala)

Tidak puas hati sangat
Siaran tv tersekat sekat
Terlepas berita yang gempak hangat
Berita election Amarika Syarikat

Biarlah saja baca akhbar
Kadang berita lewat siar
Portal berita alam cyber
Cepat cerita tak tentu benar

Ah apa kisah Donald John Trump
Kempen banyak lepas geram
Isu Clinton juga tak faham
Kerana tak ikut dengan mendalam

Fokus pula ke negara ini
Isu dimain diapi api
Semua perkara nak diadili
Mereka letak hukum sendiri

Dulu kecoh dengan gst
Berbahas bertekak sampai nak mati
Hampir nak pecah kedai kopi
Gst tetap juga menjadi

Kini pula ada terdapat
Minyak masak kurang sangat
Nak beli banyak akan disekat
Banyak pula di negara sahabat

Banyak betul isu berbangkit
Ramai sungguh sibuk mengungkit
Ada pula yang hipokrit
Mungkin sibuk nak cari duit

Bagi yang suka keamanan
Semua itu tak dipedulikan
Prioriti keutamaan
Atur elok hidup harian

Terlalu fikir pening kepala
Kalau semua pun tidak kena
Tak betul betul apa yang ada
Jadi lah kita meraba raba

Buruk berita elok berita
Dibaca hanya mengisi masa
Tak paksa jika tak suka
Boleh blah itu semua

Biar kita jadi tabah
Kerana hidup tak serba indah
Biar mereka bergaduh berbalah
Tak usah kita hendak menyebelah

Bila tiba masa ketentuan
Jangan pula kita abaikan
Gunalah hak pengundian
Biar betul buat pilihan

Negara elok kita mahukan
Negara maju dan juga aman
Hanya itulah sedikit pesan
Maaf kiranya terkasar kiasan.

-hmg

No comments:

Post a Comment