Sunday, 2 April 2017

Bunga Bakung Putih


Bunga bakung putih (Lily)
Bunga bakung putih suci bersih licin bercahaya
segar ceria
menyambut pagi yang bahagia

Bunga putih
Sedari pangkal lagi 
Di kelilingi daun hijau lurus
bak pedang terhunus

Bunga bakung putih berseri
ramai tidak mengenali
seandainya masih ditempat asal di tepi perigi
tiada siapa pun memerhati

Bunga bakung putih pelik nya bunyi
nama yang kurang didengari
hebat di panggil lily
indah sekali

Bunga yang putih suci 
hilang seri
kusam dan layu cepat tunduknya kebumi
menghampakan hati



-hmg





No comments:

Post a Comment