Monday, 8 May 2017

Melabur


Hari ini tonton video
Cara cara hendak melabur
Seronok dengar hati terhibur
Tak ada pun kisah duit terlebur

Hari ini dengar cerita
Bagaimana nak jadi orang kaya
Beli stock dan saham popular
Macam sifu dan spekulater

Hari ini dengar ceramah
Eloknya melabur dalam hartanah
Beli rumah jual rumah
Oh sungguh sungguh mudah

Dengan pelaburan duit berganda
Harapan indah dan cerah belaka
Yang kelam tak diambil kira
Yang gelap pula ditutup sentiasa

Orang kecil di bumi bertuah
Terlalu hendakkan hidup berubah
Kepada kehidupan serba mewah
Tanpa sedar ditipu si bedebah

Janganlah terlalu bersemangat
Terus percaya bulat bulat
Boleh rugi secepat kilat
Jika kita tidak beringat.


- hmg


No comments:

Post a Comment