Wednesday, 8 February 2017

Di Jiwa Merdeka

(Kadang kadang untuk menjaga hati kita tidak termampu menyanggah pendapat se seorang. Tulis saja lah nota puisi.)

Ada yang suka membaca
Dari kecil hingga alam remaja dewasa
Fiksyen dan juga ceritera lama
Khayalan semata

Kini mereka dewasa tua
Kalut membaca
Bahan pencuci jiwa
Masih mencari bahagia?

Rujukan, si penceramah
Ahli motivasi yang petah
Tak perlu susah
Mentelaah

Kini pun ramai bertukar arah
Konon berhijrah
Letak diri tinggi megah
Namun tiada magis yang boleh mengubah

Bermain dengan illusi
Hanya bayangan hati
Tanpa disedari
Genggaman kosong tanpa isi

Di alam nyata
Terletaknya perkara
Yang membahagia
Hanya di jiwa yang merdeka

- hmg

2 comments:

  1. Wahhh mendalam maknanya puisi ni. banyak isi tersurat.

    ReplyDelete
  2. Yeah dalam kepala orang lama ada banyak koleksi perasaan.

    Thanks for visiting n commenting.

    ReplyDelete