Thursday 2 February 2017

Lirik Rap Suri Rumah

( Kalau hati rasa jemu tulislah apa saja yang ada dipemikiran mu)


Bagai robot ciptaan terkini
Bangun pagi setiap hari
Sekeping roti dengan kopi
Ringkas dan cepat sarapan pagi

Terus capai satu baldi
Penuh melimpah dengan isi
Kain baju segala laundry
Tuang ke dalam mesin cuci

Capai pula mesin hampagas
Sedut segala habuk dan hampas
Di lap pula lantai dan alas
Bersih berkilat hati puas

Tiba pula masak memasak
Hati rasa macam nak sebak
Dalam sinki ada selambak
Pinggan mangkuk bagai dicampak

Cuci lah pula gelas dan cawan
Disusun atur mangkuk dan pinggan
Agar senang diambil kemudian
Bila tibanya waktu makan

Ikan daging kena disiang
Nak masak kari atau singgang
Biar buat yang senang senang
Sesiap dimasak perlu dihidang

Tak boleh rehat selepas makan
Kemas bersih basuh pinggan
Walau dah berat rasa badan
Makan nasi berlebihan

Petang nanti kenalah senaman
Kerana nak bakar lemak lebihan
Kena turunkan berat badan
Demi menjaga kesihatan

O sudah ketat jadual harian
Bertandang pula handai taulan
Pasti sibuk berpanjangan
Kurang tidur boleh pengsan

Pagi nanti bangun lagi
Seperti biasa ada duty
Berpusing pusing setiap hari
Hingga sampai jantung terhenti.

Ini puisi adalah nyanyian
Lirik diam dalam senyuman
Sudah pun kering perasaan
Suri dilanda kebosanan


- hmg

No comments:

Post a Comment