Laju nya masa berlalu
Bukan laju bagai kereta
atau motorsikal tinggi kuasa
merentas deras di jalanraya
Mungkin laju bagai kapal udara
ah tidak juga .....
Mungkin seperti rocket diangkasa
Entah ku tak pernah jadi astraunaut segera
Tetapi laju nya masa terasa
setiap tahun ku makin tua
perubahan usia di wajah ketara
namun tidak peduli itu semua
kerana masih menyanggah fakta
Hanya ku tersedar bila tiba lagi Hari Merdeka
- hmg
No comments:
Post a Comment