Kayu Buruk Dan Besi Berkarat
Buang kayu buruk
Ambil besi berkarat
Api tak mahu hidup
Kuah belum pekat
Titi si kayu buruk
Diganti besi berkarat
Poket dalam diselok
Hanya daki melekat
Lempar kayu buruk
Sambut besi berkarat
Mata masuk habuk
Pandangan jarak dekat
Patah kayu buruk
Terpaut besi berkarat
Sakit kepala terantuk
Pening sangat sangat
Ranap kayu buruk
Ditimpa besi berkarat
Layari zaman sibuk
Harap tidak melarat
- hmg
ditulis dengan baik..
ReplyDeleteitulah nasib sikayu buruk dan besi berkarat ... sekian
ReplyDelete