![]() |
Bunga rose berbagai warna |
Rose . . . nama mu di julang tinggi
kehormatan di beri
kepada mu sejak dulu lagi
di meja utama kamulah penyeri
Warna warna lembut dan garang
kamu membawa berbagai lambang
cinta kasih sayang
rose putih, kesucian
Awas mendamba kamu
kerana kuntum mu
di lindungi
tajam nya duri duri
Mengurus mu lembut dan hati hati
takut kelopak mu berderai nanti
bertaburan jatuh ke bumi
Di kala itu kamu tidak dihargai
sisa diri mu tanpa rasa dipijak kaki kaki
yang tidak peduli
- hmg
Wahhhhh. Nama mak saya Rose hehehe.
ReplyDeleteNama yang cantik untuk seorang wanita
Delete