Friday, 25 August 2017

Merdeka Merdeka Merdeka !



















Laungan tujuh kali disambut meriah              
Di iringi jeritan raayat yang telah sekian lama dijajah
Begitu kata sejarah
Merdeka merdeka merdekaaaa . . .

Kehidupan yang di perjuangkan 
Bebas dari penjajahan
Akhirnya diistiharkan
Kemerdekaan . . .

Laungan dan jeritan itu telah lama mati
Mereka telah lama pergi
Hanya buku sejarah yang mengingati

Tarikh peristiwa itu akan datang lagi
Akan disambut dengan kibaran bendera sana sini
Adakah patriotisme setulus hati
Atau dibayangi hipokrisi

Biar apa pun tersembunyi di hati warga
Atau apa jua nilai cinta di jiwanya
Di tarikh itu nanti di seluruh negara 
Akan kedengaran laungan yang sama
Merdeka merdeka merdekaaaaa . . . .


-hmg


No comments:

Post a Comment