Monday 26 December 2016

Sekadar Menonton

( Perayaan dan kegembiraan untuk yang masih muda.  Apakah hak mereka yang sudah tua)

Waktu ceria di hujung tahun
Mereka bercuti berehat melancung
Riuh rendah beraya berhimpun
Dia sekadar jadi penonton

Birthday tersusun
Aniversary terhimpun
Kerana sudah berkurun
Tiada siapa yang sudi ingat pun

Derasnya masa berlalu
Tidak bisa lagi menjejak waktu
Kemana jua arah yang dituju
Senja yang sendu

Gelap malam menjelang
Sinar siang mengundur hilang
Tiada apa pun boleh dirancang
Yang boleh menghalang

Kini kamu masih berdiri
Seperti pohon tua yang sudah mati
Tiada daun tiada bunga langsung tiada seri
Tinggal hanya dahan rapuh singgahan punai merpati

Biar. . . biar sekadar jadi penonton
Tiada terkesan sedikit pun
Bagai lumrahnya air beralun
Bagai pendulum berayun ayun

Tak adalah bebal atau kesal
Sejak lahir di bangsal
Telah sedia terbekal
Hati dan jiwa yang kental.


- hmg






2 comments:

  1. pandai berpuisi ya .. tidak ada yg lebih baik dari apa yg telah terjadi.

    terima kasih kerana sudi singgah blog saya.

    ReplyDelete